Thursday, December 30, 2010

hidup mmg pnuh dgn 1001 cabaran~

dear diary..........


knpe dlm hidup ni msti ade cabaran dan dugaan?? rase2nye kalau hidup kt dunia ni tanpe sebarang cabaran dan dugaan,apela yg akn berlaku kan..hmmm...semua org didatangi dgn pelbagai dugaan...semua org jgk ade mcm2 care utk menghadapi saat2 sukar itu...tp sy?? masih belum temui care yg terbaik apabila berdepan dgn cabaran mahupun dugaan...

sy percaya, sememangnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan mental dan fizikal kite... secare tak langsung ianya juga mematangkan pemikiran kite..tp bagaimana sekiranya dugaan itu tidak dapat ditangani dgn care yg terbaik?? lantas ianya trus menghilangkan semangat...mengecewakan dan mengakibatkan seseorang itu terlalu mudah utk berputus asa...atau dgn kata lain seseorang itu gagal untuk meneruskan hidup akibat daripada dugaan dan cabaran yg telah dihadapi?

adakah kamu juga seperti sy yg  tergolong dalam golongan orang2 yang kecewa?? huhu...Kecewa disini bermaksud telah atau sedang mengalami masalah keluarga, gagal dalam ujian, putus cinta, putus harapan, putus semangat dan bermacam2 putus lagi lah.. sy ade terjumpe satu artikel mengenai cara nak tangani rasa kecewa...kecewa ni mmg bahaye.. Yela kalau tak cuba tangani nanti kita leh stress... boleh menjejaskan kesihatan dan kerjaya kita ...seterusnya mase depan kita juga bleh musnah dek kerana tak leh terima kekecewaan..huhu.. jom kite kongsi tips2 yang agak berguna nie, check it out!!


1. Terima Kenyataan

Kita hanya mampu merancang hanya Tuhan yang menentukan! so kita sebagai manusia hanya boleh rancang itu n ini... tapi kesudahannya samada baik or buruk adalah ketentuanNYA...Adakalanya kita bernasib baik dan adakalanya juga kita diuji dengan pelbagai dugaan termasuklah rasa kecewa dengan sesuatu... Cubalah terima dengan sabar dan redha kerana selain ianya mempunyai hikmah tertentu, ia juga mengajar kita agar lebih hati2 dan menjadikan kita insaf...

2. Berfikir

Cube senaraikan pro dan kontra apabila anda hendak membuat sesuatu keputusan agar anda tidak terlalu kecewa nanti apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan...atau dgn kate lain perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi apa2 perkara yg mendatang.. 1 more think..jgn terlalu yakin sesuatu yg blum pasti kite miliki akan berada di tgn kitaa..jika ianya bkn rezeki kita, cuba biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya.

3. Berfikiran Positif

Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagian yang anda miliki arinie mungkin disebabkan pengalaman silam anda... Mmglah sukar untuk berfikiran positif ketika rasa kecewa menghimpit.... Sebaiknya jgn terlalu mengikut perasaan, cuba fikirkan perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup.... Ia Pasti Banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.

4. Luahkannya
Mmg bahaya jika kita terlalu memendamkan kekecewaan kita... silap2 boleh meletup nanti...Impaknya anda akan mengalami kemurungan dan stress. ..seelok2nya ceritalah kepada teman rapat yang boleh anda percayai.... sekurang2nya anda akan rasa lega.. Bagi para remaja sebaiknnya berkongsi rasa kecewa dengan kedua ibu bapa... kakak atau abg..sekurang2nya dengan meluahkan dan berkongsi, rasa kecewa akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda peroleh dari mereka.

5. Beri Tumpuan Pada Hidup

Teruskan berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan.. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh disettlekan dengan mudah. Apa yang penting jangan biarkan perkara remeh atau perkara yang lepas menghantui anda sehingga membuatkan anda kecewa....

                                                                          The End

* sy sedang belajar bagaimana cara untuk menghadapi kekecewaan..


Thursday, December 23, 2010

1st lurve??

dear diary....

smlm ade sket pertikaian pasal 1st love nii..jd..today sy nk bebel sketlah pasal 1st love niii...alahaii....nme pun 1st love..of courselaa sumenyee indah2 blakeee...manis jeee...mmg xde yg pahitlah...


Cinta Pertama ... pernahkah anda mengalaminya? sy yakin dan pasti, semua orang pernah ada kenangan terhadap cinta pertama... Apakah definisi cinta pertama kepada anda?

Bagi sy, memang indah jika ada perasaan cinta itu menyelinap dan terus menyusup ke dalam kalbu.. Memang sempurna hidup kita jika warna-warna cinta menghiasi di jiwa. Hati pun trus je kembang berbunga-bunga..Namun, tidak semua yang kita impikan, akan menjadi kenyataan. Kadang-kadang dalam keasyikkan menyimpul buih-buih cinta, tiada siapa menduga badai yang menjelma sehingga buih-buih itu ada yg pecah meletup..berterbangan dan terus lenyap. Kadang-kadang, siapa yang menduga hujan juga mampu turun di tengah hari walaupun cuaca terang-benderang...btul kan?

Definisi peribadi terhadap cinta pertama :

cinta pertama adalah laluan hati untuk kita merasai apa itu erti cinta yang sebenarnya... Laluan bagi jiwa untuk mengundang rasa rindu dan laluan bagi kalbu untuk menyimpul bunga-bunga bahagia... pertama kalinya rasa disayangi dan belajar untuk menyayangi..diketika inilah.. pertama kalinya rasa dibelai manja dgn kata2 manis..dipujuk dan dirayu..dilayan mesra..dapat berkongsi segala suka duka..dan juga sentiasa rasa untuk bersama dgn si dia.. Namun, tidak semua cinta pertama akan berakhir hingga ke jinjang pelamin... Alangkah indahnya jika cinta pertama itu berjaya hingga ke jinjang pelamin...Alangkah beruntungnya mereka yang berjaya membawa cinta pertama sehingga ke jinjang pelamin. Namun, itulah hakikat kehidupan ... tidak semuanya indah-indah belaka...ye tak??

Cinta Pertama juga tidak semestinya cinta sejati kepada seseorang insan sahaja... Mungkin cinta sejatinya berada pada insan lain namun jika kita tidak membuka pintu hati kita kepada insan itu, bagaimana cinta sejati yang kita dambakan akan hadir untuk menghuni diri kita ini??  Mmg sy akui, sememangnya tidak mudah untuk melupakan cinta pertama.. Kadang-kadang, kita masih terkenangkannya walaupun cinta pertama itu sebenarnya amat menyakitkan hati.. Kadang-kadang, cinta pertama tidak boleh dibanggakan kerana ia mampu merobek dan mencalar jiwa yang suci... Namun, kadang-kadang ianya membuatkan sy  terfikir, kenapa harus wujudkan perasaan cinta itu di dalam diri sedangkan dia tidak tercipta untuk kita??Adakah untuk kita merasai apa ertinya rindu kemudian diberikan pula kita merasai apa ertinya kecewa. 3 in 1, itulah selayak-layaknya untuk sy mencampurkan kesemua perasaan ini jika cinta kita kecundang di pertengahan jalan...

Pernahkah anda terfikir, kenapa masih ramai yang membujang walaupun usia sudah menghampiri ke penghujung senja (Sama ada lelaki ataupun wanita)... Tolong  jangan menuduh sembarangan tanpa asas yang pasti..
Memilih?? kita mmg harus memilih agar jiwa kita sendiri tidak tercalar... namun yang penting, pernahkah anda sedar bahawa cinta pertamalah merupakan punca utamanya ramai yang memilih hidup membujang...anda stuju??
Kadang-kadang,seorg  insan takut untuk mengundang rasa cinta itu semula supaya ianya bertahkta di sanubarinya kerana takut kecewa menghiasai rumah jiwanya semula... Memang sukar untuk membentuk rumah jiwa jika kecewa sudah menghiasi di dalamnya... Kadang-kadang ia mengambil masa bertahun untuk mengubati parah yang hadir. Namun begitu, sampai bila kita harus mengenang cinta pertama jika ia amat menyakitkan? Sampai bila kita hendak menutup pintu hati kepada mereka yang layak bertahkta di dalamnya? Sampai bila kita hendak dingin pada perasaan cinta sedangkan naluri kita amat memerlukannya untuk mengisi kekosongan di dalam jiwa. Sampai bila kita harus menyendiri jika kita tak pernah memberi peluang untuk mengundang cinta sejati?
Kadang-kadang, cinta hati kita berada hampir dengan kita Cuma kita yang tidak perasaan kerana terlalu taksub dengan cinta pertama yang menyakitkan hati itu sehingga kita terlepas cinta sejati. Kita harus membuka mata untuk melihat cinta sejati kita agar kita tidak menyesal di kemudian hari sekiranya cinta sejati itu juga terlepas daripada genggaman kita....

Apabila membaca novel cinta, sy mula terfikir sendiri ... alangkah bahagianya mereka yang telah dipertemukan jodoh masing-masing walaupun banyak rintangan yang terpaksa ditempuhi...sedangkan hakikat kehidupan yang sebenarnya tidaklah semudah seperti perjalanan cerita di dalam novel tersebut... Oleh itu, anda harus bersyukur jika anda telah dipertemukan jodoh dan hargailah pasangan masing-masing kerana bagi sesetengah insan, tidak mudah untuk bertemu jodoh dan tidak mudah untuk menyerahkn hati untuk dimiliki oleh insan yg bertuah itu...

Maka dgn itu..apa yg dpt sy simpulkan disini adalah....kadang-kadang cinta pertama membuatkan seseorang itu hilang kepercayaan kepada lelaki/wanita sehingga keraguan sentiasa timbul di hati mereka untuk mengecapi bahagia... Kadang-kadang juga mereka sanggup membujang hingga ke akhir hayat gara-gara cinta pertama yang menyakitkan hati.. Walau apa pun situasi cinta yang anda alami, hnya satu harapan sy – " hargailah cinta yang hadir kerana sekali ia pergi, susah untuk mengundangnya semula"  ...dan jika anda suka pada seseorang itu, belajarlah untuk meluahkannya agar dia juga tidak terlepas ke dalam tangan orang lain.. Kita harus mengambil risiko terluka jika kita cintakan seseorang itu kerana jika kita hanya memendamkannya, mungkin si dia yang menjadi dambaan hati juga akan berlalu pergi .... Alangkah ruginya selepas dia dimiliki baru kita tahu bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan kita, hanya kerana kita terlambat, dia menjadi bunga larangan di jambangan orang...disini, perkara yg sgt penting bagi kita adalah..kita perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi segala peristiwa yg bakal kita lalui satu hari nanti agar hati kita kuat untuk menghadapinya lantas menjadikan kita seorang yg cool dlm segala hal...rilek sudaaa... =)

  sekian shje dr sy.. miSs_@nnie~

Thursday, December 16, 2010

@nnie & Syahira sedang bercuti di hospital~

dear diary....

cuti 0h cuti..kali ni sy bercuti di hospital with mycute cousin..syahirah =) a bit bosan tp oklaa..dpt ketenangn..n dpt rase mcm dlm freezee...wahaha...sejuk giler2lah...even waktu tghari pun sjuk tersgt!!pagi lagilah dahsyat....sgt ta tahan...dah 4 hari kat sini..rase ok je even ta cukup tdo..tp ots ok..kat umah leh tdo puas2..maklumlah duk sini tujuan utamenye adalah jage ciklin...
hari ni sy rase hepi..sbb ciklin dah leh kua suare...alhamdulillah...suare rock gitu!hehe..sblumni mmg langsung xde suare langsung..smlm ade bisikan je..bleh la jgk dgr kalau ciklin panggil....arini lagi dgr..haha..pnh skali tu time ciklin xde suare, ciklin pnggil sy..sambil ketuk2 besi tepi katil gune sudu..bleh plak sy ignored je bunyi tu,sbb ingtakan org tgh btulkan something kat lua kee..haha..sampilah patient dpt tu pnggil sy.."dik,mak kamu pggil tu.." hihihi..maaflah ciklin, sy terlalu leke tgk tv...(hujan perfmlah katekan) annie..oh annie..kamu niii....ting!tong!

Saturday, December 11, 2010

happening~ yeehaa!!




 yeeeehaaaa!! sgt seronok kua hang out dgn dorg td..walaupun geng xckup..tp sumenye nmpk hepi jee..almklumlah..ade yg kne buli..mrepek...membebel..ape la dorg nii..plan xmnjadi..tp jd plan barulah pulak...nsibla best...pg lepak tmn..lepak dataran..g uptown yg "tutup"..haha!

sblum2 ni mmg sy slalu sgt pg taman tuu...kali ni sy pergi ke tmn tu bersame mereke teman2 sy..dalam taman tu..ade 1 je tmpt yg paaliing sy suke n btul2 watkan sy tenang..tp tmpt tu agak tersorok..cm bhye sket..smlm tu dah alang2 pg lepak tmn..sy pun tunjukkn tmpat sy menenangkan fikiran..hehe..trnyate dorg pun mcm suke je tmpt tu..hehe..dorg trus je duduk tepi tasik tu..feelinglah konon..haha..sy pun ape lagi terus petik daun "kapal terbg" n wat kapal terbg lalu terbgkn ke arah tasik..waaa!best2! =) sume pelik je tgk gelagat sy..tp itulah antare care sy hepikn diri..lps tu...dorg pun mulekan aksi "photoshoot"..almklumlaa..model2 tu mmg sume benar berposing...akhirnye..kitorg melayan pemandgn matahri terbenam..sungguh indahnye ciptaan Tuhan~ Subhanallah..

perjalanan diteruskan menuju ke dataran yg sgt best...trun je kete nmpak ramai sgt bdk2 men buih sabun,,main piring terbg ala2 ufo tuu..alahaaiii..bestnyeeee...rase nk berlari n bermain bersame mereke..tahn jelah perasaan tu,,kang join bdk2 tu wat kene gelak je dgn member2....kat tepi2 datran tu mmg byk gerai yg jual permainan yg bdk2 tu main..then,,ade sesuatu yg menarik perhatian sy..n watkan sy rase tersgtlah xcited utk dptkannye..yaa!itu diaa!tongkat skti yg berlampu!!!  mmg tak boleh tahan...di saat sy memegang tongkat tu..nor mule ejek2 sy..n gelak2kn sy..mmgla rmai yg kate sy childish..tp xsalah kot sy nk beli tuu..tu antare barang impian sy..dah lame sy carik n cube nk dptkannye...huhuhu...akhrnyee,,sy trpkse letakkan tongkat tu semule n duk tgk bdk2 tu main..dlm hati nk sgt beli..jaatlah dorg nii..mematahkan impian sy..kalau sy teruskan niat..lagi truk sy kene,,lgpun malulah pulak nk beli..yelaa...dah besar kan..tp ape sy kesah..huhu..skrg ni sy sgt terkilan..sbb xdpt beli tongkat sakti tuu..dorg janji dgn sy nk bwk sy ke sane lagii..waktu tu..sy pasti sy akan dptkannyee...mm..mmg xpuas rasenye tgk kanak2 riang main kat taman tuu..ape bleh buat..kjp je dorg dah ajk balik..nk taknk ikot jelah...
sooo...plan mggu depan pg jogging n  swimmg la pulak..sy nk ice skating!!lame tak berskate..tp xde sorg pun nk melayan sy nmpknyee..dorg tu tak berminat..kempunan lagilah nmpak gayenyee....swimmg pun swmmglah..jogging pun jogginglah..nnti leh kurus smule!!haha! 

thnks sahabt,,btul2 rase terhibur dgn usikan..lawak..dan gelagat kamu semua..disaat sy perlukan kamu..kamu sume membahagiakan sy.... =)

okk..sekian sahajee dr sy miSs @nnie ~

Friday, December 10, 2010

j0m habiskan mase~ =p

eylooo...sy bru pulang....hehe...pagi2 lagi dah pg meronde...almklumlah..pusing2 utk dapatkan fresh air~ really seronok... (sbnrnye blajr bwk kete je tujuan utame) haha..best2! sbnrnye xlah susah mane nk drive ni..cume i je yg merasekan susah dan sgt takut..bile dah drive..wat rilek sudah~ ala2 pro gitu! hihi..cnfrm sumenye berjalan lancar punyelah..
skjp lagi nk hangout ngn kwn2 plak..setiap weeknd asyik tokleh lekat kat umh..ade je plan..hehehe..
moge2 sumenye berjalan lancar....tgk wayg...bowling..karok..wahaha~  
si kecik ni tak tau la jd follw ke tak..i nk pass gift kat die asyik xdpt jee...huhu..
akeyh...nak bersiap dulu....harap2 nti leh enjoy n lupekan sume prob... =) dAaa~

Thursday, December 9, 2010

0h! Khayalanku + Aku Scandal ??


sedang i melayan lagu2 sebntar tadii..tetibee..terperasanlah pulak...mmg lbih kurg same jee music antare keduanye..alahai~ really samelaa music due2 lagu 0h! Khayalanku by Objek Bulat dgn Aku Scandal by Hujan..huhu~ myb scare kbetulan ke music dorg same nii?? haaiishh! tak paham btul......kee ade istilah tiru meniru nii... tp sape yg tiru sape plak?? ish...xbestla if ade tiru meniru nii...kan?? harap2 biarlah ianya 1 kbtulan..xmustahil kalau idea tu same dr indvdu yg berbze..nthlaa..i pun xda jwpn yg pasti..hehe..btw..i suke je dgr ke2nyee..xbosan pun sbnrnyee..cume dah cm xbest jee bile melayan keduenyee..yelaa...dah due2 serupee..dah xdela lagi kelainan...huhu.... btw..i sukekn kedua2 band nii! ting!tong!


menangislah~

malam ini sy menangis...dan menangis...
bile sy menangis..sy rase sgtlah lege...
ntah knape sy rase sebak malam nii....
sayu dan sunyii...
sejak2 ni..sy slalu tipu diri sy sndiri...
sy berpure2 ketawe..padahal hati sy sgt sakit...
sy senyum padahal hati sy terluke....
sy nyanyi,,padahal hati sy menangis..

sy tak faham..
knape kite sume perlu ade kenangan??
knape adenye perpisahan?? 
sy tak suke perpisahan..
perpisahan itu satu penyeksaan bagi sy..
kdg2 sy rase sy tak perlukan kenangan..
sbb sume kenangan itu sbnarnye 1 kehilangan buat sayee..
sy benci pade kenangan...
sy merasekan ape saje yg sedang sy lalui skrg..
ianya akan meninggalkan sy suatu mase nnti...

jadi..stiap mase sy kne bersedie untuk kehilangn sesuatu...
sbnarnye...sy sgt takut kehilangn sesuatu...sy sgt takut..
sy tak sanggup..sbb sy sgt sensitif pada hakikatnye..
tp..sy tak berdaye utk halngnyee...melainkan..
sy hanye..menerime sesuatu kehilangan sbgai satu suratan yg telah tertulis buat sayee...
walaupun hati sy tak kuat...sy akan cube pakse diri sy sndiri..
utk belajar kehilangan sesuatu yg sgt sy sygi......
sume tu pasti akan berlaku...sy percayee pade itu...