Thursday, December 23, 2010

1st lurve??

dear diary....

smlm ade sket pertikaian pasal 1st love nii..jd..today sy nk bebel sketlah pasal 1st love niii...alahaii....nme pun 1st love..of courselaa sumenyee indah2 blakeee...manis jeee...mmg xde yg pahitlah...


Cinta Pertama ... pernahkah anda mengalaminya? sy yakin dan pasti, semua orang pernah ada kenangan terhadap cinta pertama... Apakah definisi cinta pertama kepada anda?

Bagi sy, memang indah jika ada perasaan cinta itu menyelinap dan terus menyusup ke dalam kalbu.. Memang sempurna hidup kita jika warna-warna cinta menghiasi di jiwa. Hati pun trus je kembang berbunga-bunga..Namun, tidak semua yang kita impikan, akan menjadi kenyataan. Kadang-kadang dalam keasyikkan menyimpul buih-buih cinta, tiada siapa menduga badai yang menjelma sehingga buih-buih itu ada yg pecah meletup..berterbangan dan terus lenyap. Kadang-kadang, siapa yang menduga hujan juga mampu turun di tengah hari walaupun cuaca terang-benderang...btul kan?

Definisi peribadi terhadap cinta pertama :

cinta pertama adalah laluan hati untuk kita merasai apa itu erti cinta yang sebenarnya... Laluan bagi jiwa untuk mengundang rasa rindu dan laluan bagi kalbu untuk menyimpul bunga-bunga bahagia... pertama kalinya rasa disayangi dan belajar untuk menyayangi..diketika inilah.. pertama kalinya rasa dibelai manja dgn kata2 manis..dipujuk dan dirayu..dilayan mesra..dapat berkongsi segala suka duka..dan juga sentiasa rasa untuk bersama dgn si dia.. Namun, tidak semua cinta pertama akan berakhir hingga ke jinjang pelamin... Alangkah indahnya jika cinta pertama itu berjaya hingga ke jinjang pelamin...Alangkah beruntungnya mereka yang berjaya membawa cinta pertama sehingga ke jinjang pelamin. Namun, itulah hakikat kehidupan ... tidak semuanya indah-indah belaka...ye tak??

Cinta Pertama juga tidak semestinya cinta sejati kepada seseorang insan sahaja... Mungkin cinta sejatinya berada pada insan lain namun jika kita tidak membuka pintu hati kita kepada insan itu, bagaimana cinta sejati yang kita dambakan akan hadir untuk menghuni diri kita ini??  Mmg sy akui, sememangnya tidak mudah untuk melupakan cinta pertama.. Kadang-kadang, kita masih terkenangkannya walaupun cinta pertama itu sebenarnya amat menyakitkan hati.. Kadang-kadang, cinta pertama tidak boleh dibanggakan kerana ia mampu merobek dan mencalar jiwa yang suci... Namun, kadang-kadang ianya membuatkan sy  terfikir, kenapa harus wujudkan perasaan cinta itu di dalam diri sedangkan dia tidak tercipta untuk kita??Adakah untuk kita merasai apa ertinya rindu kemudian diberikan pula kita merasai apa ertinya kecewa. 3 in 1, itulah selayak-layaknya untuk sy mencampurkan kesemua perasaan ini jika cinta kita kecundang di pertengahan jalan...

Pernahkah anda terfikir, kenapa masih ramai yang membujang walaupun usia sudah menghampiri ke penghujung senja (Sama ada lelaki ataupun wanita)... Tolong  jangan menuduh sembarangan tanpa asas yang pasti..
Memilih?? kita mmg harus memilih agar jiwa kita sendiri tidak tercalar... namun yang penting, pernahkah anda sedar bahawa cinta pertamalah merupakan punca utamanya ramai yang memilih hidup membujang...anda stuju??
Kadang-kadang,seorg  insan takut untuk mengundang rasa cinta itu semula supaya ianya bertahkta di sanubarinya kerana takut kecewa menghiasai rumah jiwanya semula... Memang sukar untuk membentuk rumah jiwa jika kecewa sudah menghiasi di dalamnya... Kadang-kadang ia mengambil masa bertahun untuk mengubati parah yang hadir. Namun begitu, sampai bila kita harus mengenang cinta pertama jika ia amat menyakitkan? Sampai bila kita hendak menutup pintu hati kepada mereka yang layak bertahkta di dalamnya? Sampai bila kita hendak dingin pada perasaan cinta sedangkan naluri kita amat memerlukannya untuk mengisi kekosongan di dalam jiwa. Sampai bila kita harus menyendiri jika kita tak pernah memberi peluang untuk mengundang cinta sejati?
Kadang-kadang, cinta hati kita berada hampir dengan kita Cuma kita yang tidak perasaan kerana terlalu taksub dengan cinta pertama yang menyakitkan hati itu sehingga kita terlepas cinta sejati. Kita harus membuka mata untuk melihat cinta sejati kita agar kita tidak menyesal di kemudian hari sekiranya cinta sejati itu juga terlepas daripada genggaman kita....

Apabila membaca novel cinta, sy mula terfikir sendiri ... alangkah bahagianya mereka yang telah dipertemukan jodoh masing-masing walaupun banyak rintangan yang terpaksa ditempuhi...sedangkan hakikat kehidupan yang sebenarnya tidaklah semudah seperti perjalanan cerita di dalam novel tersebut... Oleh itu, anda harus bersyukur jika anda telah dipertemukan jodoh dan hargailah pasangan masing-masing kerana bagi sesetengah insan, tidak mudah untuk bertemu jodoh dan tidak mudah untuk menyerahkn hati untuk dimiliki oleh insan yg bertuah itu...

Maka dgn itu..apa yg dpt sy simpulkan disini adalah....kadang-kadang cinta pertama membuatkan seseorang itu hilang kepercayaan kepada lelaki/wanita sehingga keraguan sentiasa timbul di hati mereka untuk mengecapi bahagia... Kadang-kadang juga mereka sanggup membujang hingga ke akhir hayat gara-gara cinta pertama yang menyakitkan hati.. Walau apa pun situasi cinta yang anda alami, hnya satu harapan sy – " hargailah cinta yang hadir kerana sekali ia pergi, susah untuk mengundangnya semula"  ...dan jika anda suka pada seseorang itu, belajarlah untuk meluahkannya agar dia juga tidak terlepas ke dalam tangan orang lain.. Kita harus mengambil risiko terluka jika kita cintakan seseorang itu kerana jika kita hanya memendamkannya, mungkin si dia yang menjadi dambaan hati juga akan berlalu pergi .... Alangkah ruginya selepas dia dimiliki baru kita tahu bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan kita, hanya kerana kita terlambat, dia menjadi bunga larangan di jambangan orang...disini, perkara yg sgt penting bagi kita adalah..kita perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi segala peristiwa yg bakal kita lalui satu hari nanti agar hati kita kuat untuk menghadapinya lantas menjadikan kita seorang yg cool dlm segala hal...rilek sudaaa... =)

  sekian shje dr sy.. miSs_@nnie~

No comments:

Post a Comment