Thursday, November 18, 2010

trend ngorat zaman dulu kale..

tgh duk mngelamun..tibe2 teringat 1 peristiwe yg agak bengong..haha...
i nak tanya sikit. Cuba korang pikirkan, apa trend mengorat zaman sekarang ni..ape eh? i ada beberapa contoh kat sini. Semua ni atas pengalaman indivivu yang dirahsiakan identitinya dan adalah sikit pengalaman i sendiri. Apa? Ingat i tak pernah kena ngorat ke? HAHAHA. Ada, cuma tak banyak macam kwn2 kena ngorat. Aku xcntik.. dia cntik..putih melepak lak tu.Trend lelaki mengorat perempuan sekarang macam dah lapuk sangat. Tak da yang menarik. Balik-balik kak long. Kak ngah. Sejak bila mak i beranakkan dia pun i tak tahu. Kat bawah ni, i share beberapa trend lapuk laki-laki mengorat perempuan...haha..myb ade care yg terbaik selain list kat bwh tuu..kuang3..

yg pertame...."Hai Kak Long, sorang je ke? Nak pergi mana tu?tak takut ke jalan sorg2..nak abg tmnkan??"

alahaiii....i paling benci kalau orang nak mengorat lepas tu main panggil i kak long atau kak ngah. Paling menyampah. Jawabnya memang i buat-buat tak dengar, lepas tu berlalu begitu sahajee... maaplah ye..u nak cakap i sombong ke apa tu u punya pasal. Ada aku kesah??

yg kedue...."Assalamualaikum. Ha, jawab-jawab. Tak jawab dosa, kalau jawab gatal"

Ni lagi satu. Dia tak tahu ke hukum menjawab salam tu adalah wajib. Kalau i  jawab wa'alaikummussam apa u nak kata? Maksudnya tahu tak? Celakalah ke atas kamu. Mau ke? Tak mahu kan. Kalau si kapir bagi salam memang i jawab yang ini. So, biarlah orang doakan kesejahteraan u. u tu yang gatal bagi salam sape suruh. Pastu boleh nak kata orang gatal plak. Atau nak i kata macam ni, orang bagi salam kita wajib jawab. Tapi orang yang bagi salam tu yang gatal. Malu tak? Kalau takda kemaluan tu aku tak tahu la. HAHAHA.

yg ke3... "Cik adik,sekarang pukul berapa ye? Lama dah tunggu bas?" (sambil tersengih2)

u ingat i ni kaunter pertanyaan waktu semasa ke padahal dekat tangan ada jam. Memang mengadalah namanya. Lama dah tunggu bas? Nak i jawab tunggu dari semalam ke? Soalan taklogik betul! ntah ape2..

yg keempat."Hai awak baju purple, mancungnya hidung...lawa mate awk...bulat!"

Ok. Yang ini bkn first time tp mmg slalu i dengar. masa i nak lintas jalan..n dlm bas..n kat mane2 jelah..Sempat pulak kau telek hidung n mate aku. Kau tak tengok lubang hidung aku lagi...AHAHA..mate plak..dah tentula sume org mate mmg bntuk bulat..ade ke mate org segitiga??   HAHAHA.. Kira ni agak luar biasa la, tapi masih tak mencapai tahap mantop lagi nak mengorat awek. Silap lah beb. Ada taktik dia...utk terime "pujian" itu..

seterusnya..."Awak, ada duit syiling tukar tak? Saya nak call awek ni. Tapi awek takda. Boleh bagi no phone?"

Amboi-amboi. yg ni cm banggang sket..Nak syiling pergi tukar dekat bank sana. Orang dah tak pakai public phone dah. Semua pakai handphone. Paling tak tahan mintak tukar syiling tu. Apa barang tukar syiling. Baik kau minta transfer kredit ke apa, baru macho sikit. HUHU. Atau nak aku nyanyikan lagu Cari Jodoh tu?haha~

 " Awak ni orang Terengganu eh? Sebab orang Terengganu cantik-cantik."

Perlu ke mention orang Terengganu semua cantik-cantik? Kecik hati orang negeri Sembilan, Melaka, Johor, Penang, Kelantan, KL, Sabah,Sarawak semua negerilah senang cakap. Dah la salah teka boleh kata orang Terengganu padahal kawan i tu orang Johor. Kan dah malu. Awal-awal kau kena reject...

Kalau perempuan nak mengorat laki-laki pulak macam mana? Macam cerita ni ke? HAHA...

      tHe eND~

No comments:

Post a Comment