Thursday, November 18, 2010

perlu ke percaye??



Ada seorang kawan saya pernah berkata... Dari segi pemerhatian beliau, saya dilihat agak sukar untuk mempercayai seseorang atau dalam erti kata lain sahabat. Dalam diam saya mengangguk kata-kata kawan saya tadi kerana ada benarnya. Mengapa begitu sukar bagi saya untuk mempercayai seorang sahabat?


Bukan bermaksud saya memilih kawan, tidak sama sekali. Dahulu, saya amat mudah mempercayai kawan sehinggakan saya pernah menganggap kawan adalah segala-galanya. Tetapi setelah di'back stabbing' , saya menjadi semakin sukar untuk mempercayai orang tidak kiralah lelaki atau perempuan.


Saya akui sebagai umat Nabi Muhammad, siapalah saya untuk tidak memaafkan kesalahan kawan-kawan sedangkan nabi sendiri pun mangampunkan dosa umatnya. Bagi saya, setiap kesalahan perlu diberi pengajaran supaya mereka tidak akan mengulangi perbuatan yang sama. Dan sebenarnya bukan mudah untuk meraih kepercayaan seseorang semula setelah hati seseorang itu disakitkan atau diguris.


Saya bukan mahu menghukum sesiapa atas kesalahan kecil yang mereka telah lakukan. Apa yang mahu saya katakan adalah, menjaga perasaan dan hati seorang rakan itu adalah amat penting kerana selain keluarga, sahabat adalah orang yang amat penting dalam kehidupan kita sebenarnya.


Ada bebrapa ciri sahabat yang boleh saya kategorikan di sini. Tapi saya tidak mahu pulak berkata mengenai ciri-ciri atau kategori seorang sahabat itu. Kerana apa yang saya mahu tekankan dan katakan di sini adalah, hargailah sahabat anda selagi dia masih ada. Jagalah perasaan mereka seperti mana mereka menjaga perasaan anda dan lakukan yang terbaik untuk sahabat anda supaya persahabatan yang terjalin itu kekal hingga ke akhir hayat.


Sahabat suka dan duka amat sukar dicari. Tapi sahabat yang boleh melekakan kita bersepah-sepah di luar sana. Semua bergantung kepada diri kita sendiri. Dengan siapa kita mahu berkawan dan apa niat kita. Sahabat juga melambangkan keperibadian kita...tp yg sbnrnye..kite bleh je nk berkwn dgn mcm2 jenis org..yg penting..kna pandai jaga diri kita sndiri..Akeyh..sekian shajee..

No comments:

Post a Comment