Thursday, November 18, 2010

ingat senang ke bergelar seorang perempuan??

       0h lisa!! (a.k.a annie)  ❤❤ ❤ gambar hiasan seorg permpuan sahaja.. =)


Siapa cakap senang kalau jadi perempuan? Tolong angkat kening sikit.,sikit jee.. Kening siapa tak terangkat tu maknanya dia tau la betapa susahnya jadi perempuan. Kenapa i cakap jadi perempuan ni susah. Dah 21 tahun i jadi perempuan. Bukan bermakna sebelum ni i pernah jadi laki-laki ke apa. Tak pernah. i memang dilahirkan sejak azali adalah perempuan. ehehee...


Menurut akal cerdik i, ada beberapa sebab yang boleh diguna pakai. Tapi sebab ni semua i reka sendiri menurut akal cerdik lagi sekali..haha..(perasan skjp) So..i ada beberapa point lah dekat sini.
Ingat senang ke nak jadi perempuan ni kalau tak tau erti perempuan tu sebenarnya apa.
nak tahu ke apa maksud perempuan tu? Haa, pergi rujuk sana Kamus Dewan... Apa maksud perempuan sebenarnya.


Ingat senang ke nak jadi perempuan kalau muka tak cantik...


Betol. Laki-laki sekarang pandang perempuan yang muka cantik je. Yang tak cantik ni kesian betul. Muka tak cantik satu hal. Lagi kalau kulit gelap macam k**ling.. Dah la gigi xdee..dah cam nenek2 jee. Memang sabar dan tabah. Bila dah besar, nasibla sume gg dah adee..brulah cnfdnt sket nk sengih2 kan.kalau dulu kne ejek je gg xda! nk sengih pun segan den..tp skrg.. Tak payah orang suruh senyum, free-free je I sedekah senyuman. Cantik? Yang tu tak dapat ubah. Allah dah cipta wajah yang cukup sempurna, nak kata tak cantik macam tak bersyukur pulak. So, cakaplahh cantik. Tap bukan bermakna I perasan. Ahhhh...


Ingat senang ke jadi perempuan ni kalau tiap-tiap bulan ada waktu sensitip yang mana hormon waktu tu tak stabil..

Orang cari pasal memang siap. Habis kena. Kena apa i tak tahu la. Lain orang lain dia punya efek. Kalau i? i diam takda mood. Nak marah orang? Takda, tapi kalau kat rumah adik jadi mangsa..xpun kakak.. Muka ketat segala bagai. Lepastu malas nak gerak, perut meragam. Seksa. Makan pun tak berapa lalu, kadang-kadang mengidam benda-benda yang tak patut macam orang mengandung padahal bukan pun. alahai.

Ingat senang ke jadi perempuan kalau ditakdirkan jadi perempuan cantik pandai.


Kalau belajar tinggi sangat pun nanti orang tua-tua kat kampung akan cakap. Takda orang nak masuk meminang sebab belajar tinggi sangat. Erk? Tapi kalau dah jodoh nak kata apa kan? Ada yang lecturer kawen dengan driver lori lagi. So, ada apa pada level? Kalau main game level memang penting la. Okay, i dah start merapu sejak adicted dengan game ni.


Ingat senang ke jadi perempuan ni kalau ditakdirkan kerja merantau di negeri orang.


Yelah, serba serbi kena jaga. Jaga diri, jaga aurat, jaga penampilan, jaga peribadi. Nak cakap pasal aurat? i sendiri pun banyak buat salah. Ye, i mengaku kesalahan i yang kadang-kadang i lakukan dengan sengaja. Tapi Allah masih bagi peluang kan untuk kita bertaubat dan berdoa kan? Tu lah gunanya doa. Walaupun ada orang sakitkan hati i ke apa, i tetap doakan mereka sekali. Seluruh ahli keluarga, sahabat handai, kawan-kawan, orang yang i sayang, ibu bapa paling penting semua tak terkecuali. Apa yang iminta? Itu hanya di antara i dengan Allah.. Peribadi pula? Panjang cerita. Kita skip terus pergi next point jelah yee..

Ingat senang ke jadi perempuan ni kalau ditakdirkan jodoh datang lambat.
Ye, bukan senang. Sebab dlm keluarga i adalah jugk sorg dua mak cik i yang jodoh mereka lambat. Tapi i gembira sebab i tengok mereka bahagia akhirnya. Orang akan mengata itu ini. Susah tau jadi perempuan. Kawen cepat orang cakap gatal,kawen lambat orang kata tak laku.So, macam mana kalau nak kawen umur pertengahan tapi jodoh tak jumpa lagi kan? Itu semua kuasa yang Maha Esa..


Ingat senang ke nak jadi perempuan ni kalau tak pandai masak.


my hobby, salah satunya memasak...bak kate ibu pmpuan msti pndai msak 40 jenis masakan..ahamdulillah..i dah lps pun ujian masakan tu mase umo 19tahun dulu...(pakserela) Tapi nk kate terrer tu...xgak..bese2 jelaa.. Tapi i suka masak berbanding menjahit.. Orang cakap, perempuan kalau tak pandai masak jangan harap nak kawen. Tapi i rasa "falsampah" tu tak boleh pakai lagi. Sekarang banyak buku resipi ada jual. Kita boleh belajar dari situ. Yang penting kemahuan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan? Bila dah kawen,automatik perasaan ingin belajar memasak mesti ada punya. Takkan sanggup nak tengok tiap-tiap hari suami makan biskut kering cecah kopi tongkat Ali, malam-malam tapau mee goreng mamak. Kan kan? Kalau macam tu baik suruh suami kawen dengan anak mamak tu je. Habis cerita... kuang3..


Ingat senang ke nak jadi perempuan kalau tak dapat nak kawal nafsu 9 tu dengan 1 akal.


Nasib semua perempuan dikurniakan akal yang cerdik. At least dengan satu akal dapat kawal 9 nafsu. Kan? Kan? Cuma kadang-kadang je susah sikit dikawal nak-nak masa mega sale ke apa. Susah nak cakap. i suka jugak shopping..mmg suka.. Tapi window shoppinglah. Akan beli bila rasa teringin nak beli atau perlu beli. Lagi satu kalau dah terbayang-bayang sampai masuk mimpi tu memang sah kena beli. Kalau tak memang akan menyesal sepanjang bulan..


Ingat senang ke jadi perempuan kalau dah kawen dan mengandung lepas tu kena bawa perut memboyot ke hulu ke hilir tak boleh tidur meniarap..


mmg Seksalah. Walaupun I belum lagi ada pengalaman tu, tapi I tengok kakak-kakak I macam seksa je. Lagi lepas bersalin. Pergh. Macam-macamkena jaga. Silap-silap hari bulan kalau tak jaga, semua lari. Nak buat alignment pun susah lepas tu. HAHA.


Susahkan jadi perempuan ni.Ingat senang ke. pelik jgk tgk laki-laki yg nak sgt jd perempuan ni. kepada laki-laki yang nak jadi perempuan tu. Tak payah la. Bukan senang. Walaupun sebenarnya senang nak jadi ahli syurga tapi sebenarnya senang jugak nak menanggung dosa. So, masih lagi ke nak tukar jantina..huhu


walaupun susah jadi perempuan ni,i sgt bersyukur.. Sebab banyak kelebihan perempuan di sisi agama..alhmdulillah..





No comments:

Post a Comment