Thursday, November 18, 2010

Mari Berfantasi like me.. =)

cinderella..a.k.a miss @nNiE.. =p


masa belajar dulu kan. walaupun terserempak dengan pelbagai jenis lelaki tapi rasanya belum jumpa satu pun yg menawan hati nih.. hehe..mulelah tuu nk berfantasi si pujaan hatii... =p

sebenarnya i sgt suka menonton cerita yang berunsur fantasi. Bukan fantasi sex ye. harap maklum. Fantasi ni ada banyak jenis. Salah satu fantasi yang menarik adalah macam dalam cerita korea. Kebanyakan la. Tapi fantasi di dalam cerita korea kadang-kadang terlalu melampau sampai tak masuk dek akal. Kadang-kadang la. i suka membina fantasi sendiri. Akademi fantasia mmg i lgsung tak minat, jangan tanya..

Nak tau fantasi i bagaimana? i selalu berfantasi menjadi seperti Miss Cinderella. Hidup dalam keadaan yang serba kekurangan, rupa paras yang sederhana tapi menjadi sungguh penyabar dalam segala hal. Penyabar adalah kata kunci yang penting. Tapi sebenarnya secara tidak langsung kehidupan i ada jugak bersangkut paut seperti Cinderella. Bab jadi tukang gaji tu bukanlah. Yang lain mungkin ada sikit. HAHA. Yang part prince charming tu tak tau..

Dapat tinggal di kawasan pergunungan yang cantik adalah impian i. Lepas tu ada bela kuda berwarna putih. Bila masa free pergi tunggang kuda. Lepas tu jumpa jejaka idaman. Ceh! Fantasi sungguh. i suka rumah yang ada halaman rumah yang luas. Jadi boleh bercucuk tanam. Nanti sambil bercucuk tanam boleh nyanyi-nyanyi macam cerita kartun dulu-dulu. Bukan hindustan ye..tak layan!

Selain berfantasi, kegemaran i adalah berangan. Eh..bukan ke fantasi tu adik beradik dengan berangan? Boleh juga kata adik beradik. Bergantung kepada cara kita berfantasi dan berangan juga. Berangan ni ada kebaikannya kerana ada orang mengatakan " Tanpa angan-angan impian takkan menjadi kenyataan". Betul tak? Betul kan? Kalau kita tak berangan nak beli kereta Honda Jazz contohnya, impian nak beli kereta tu mungkin tak kesampaian.(mmg ngidam sgt!) Tapi syaratnya kena ada usaha la. Jangan tau berangan tapi tak reti-reti usaha. if u berangan nak beli baju sehelai pun kalau u tak usaha nak pergi kedai, u takkan dapat jugak kan baju tu?

Bagi i la, fantasi ni kebaikannya adalah membantu perkembangan otak. eheh.. Cakap tak leh blah. Tapi kebaikannya datang bila kita berfantasi perkara yang baik-baik lah.

Oklah. Cukup syarat sudah.. Kalau fantasi i menjadi, oneday nti i akn shre lagi.. So, marilah berfantasi!

No comments:

Post a Comment