Thursday, October 28, 2010

kerana DIRIMU begitu BERHARGA!!

sahabat... 
kawan... 
teman...  

walau apa pun perkataan yang digunakan.. ia tetap membawa satu pengertian yang sama... kata orang kawan itu biasa sahaja namun jika sahabat itu lebih akrab.. namun, bagi aku ia sama.. tiada beda... sahabatkah gelarannya, kawankah gelarannya, temankah gelarannya... ia sama.. gelran tidak membawa apa-apa makna.. yang penting adalah pengertiannya pada diri kita..  mempunyai seorang sahabat besar pengertiannya dalam kehidupan kita... teman yang sejati memang sukar dicari... teman yang mana kala hati dirundung pilu, teman yang mana kala diri dirundung malang.. dea hadir disisi.. setia menemani.. sukar dicari..namun, andai teman bergembira, teman di saat tiada masalah disisi,, teman ketawa.. sangat ramai... tanpa perlu dicari, ramai yang meng"promote" diri untuk menjadi teman kita..  memang tidak mudah untuk mencari teman sejati kerana kita tidak pernah dan bukan mudah untuk membaca niat di hati dan fikirannya... hatta seorang ibu sekali pun tidak boleh membaca apa yang wujud di fikiran anaknya walaupun dia yang melahirkannya..  seorang SAHABAT adalah seorang insan yang paling rapat dalam hidup kita.. yang tahu di mana buruknya kita, yang tahu dimana lemahnya kita.. yang tahu dimana kuatnya kita..yang tahu dimana mulianya kita...  aku percaya bahawa kita semua punya teman... punya sahabat atau punya kawan sekurang-kurangnya walau seorang cuma.. pada dialah tempat kita menceritakan manis pahit hidup ini.. pada dialah kita meluahkan kesedihan hati.. dan pada dia jugalah kita tautkan rasa gembira dan indah di hati...  memiliki sahabat itu lebih melengkapkan hidup di dunia ini... sahabat yang baik semestinya akan melengkapkan kekurangan hidup diri..  a.k.u  begitu juga dengan diriku... terasa bahagia dan bertuah hidup ini di kelilingi sahabat2 yang baik dan sentiasa disisi walau apa pun yang terjadi pada diriku... sy kasih mereka.. sy sayang mereka... mereka istimewa.. mereka antara perkara terindah dalam hidupku..terasa diriku jua begitu berharga!! =)

No comments:

Post a Comment