Wednesday, June 1, 2011

Kisah "TIADA LAGI KASIH "

Dear Diary..



"Kata orang, CINTA itu MANIS ibarat GULA-GULA.. Memang MANIS.
Tapi, bukan semua GULA-GULA rasanya MANIS. GULA-GULA ada banyak jenis. Ada yang rasanya MANIS, ada yang MASAM, ada yang MASIN, ada yang PAHIT, ada juga GULA-GULA yang berMINT dan yang pasti memang ada GULA-GULA GETAH..dimana pada awalnya, GULA-GULA GETAH ini rasanya sangat MANIS namun kelamaan rasa MANIS itu bertukar sedikit demi sedikit dari ada rasa MANIS hingga TIADA RASA apa-apa..."


Bermulalah episod cinta antara dua hati.. Didi dan Nini..
Percintaan Didi dan Nini ini ibarat seperti  GULA-GULA GETAH..
Pada awal perhubungan mereka, segala-galanya MANIS belaka..NAMUN setelah bertahun-tahun..segalanya hampir TIADA RASA apa-apa...





Didi...
Jejaka macho, humor, sempoi, simple but perfect, sweet and caring, memahami dan romantik..

Nini...
Gadis yang penuh sederhana dari setiap sudut..
Sentiasa berusaha untuk menjadi KEKASIH yang TERHEBAT buat si Didi..


  
Diawal hubungan mereka sehingga klimaks, segala-galanya indah dimata mereka berdua.. Setiap saat mereka bahagia bersama.. Mereka saling sayang-menyayangi, Mereka saling percaya, Meraka saling setia,  Mereka sangat memahami antara satu sama lain, saling bertolak-ansur, saling memerlukan, sentiasa berkongsi segala-galanya bersama dan tiada istilah 'MENGONGKONG' dalam hubungan itu..



Didi sangat pandai menjaga hati si Nini setelah Nini memberikan sepenuh hatinya kepada Didi..cukup PERFECT..
Didi selalu memanjakan Nini pada setiap masa.. 
Sehinggakan Nini terbiasa dimanjakan oleh Didi yang tercinta..
Didi jugalah tempat untuk Nini mengadu damba, menumpang kasih, berkongsi cerita, berkongsi masalah, menghilangkan penat, bergurau-senda, ketawa bersama.. dan peneman setia dikala sedihan dan juga dikala bahagia.. Begitu jugalah dengan Didi..
Didi juga selalu melenakan Nini hampir setiap malam sehinggakan Nini seolah-olah telah terbiasa dilenakan begitu.. Didi juga pandai memujuk hati Nini yang keras, pandai membuatkan Nini tersenyum dalam setiap apa keadaan sekalipun.. Nini selalu mengimpikan hubungan cintanya akan kekal bahagia..

Didi adalah KEKUATAN buat si Nini dalam setiap perkara.. kerana Didi sahaja tempat Nini berkongsi 1001 rahsia hatinya.. 
Satu ketika, Didi pernah berpesan kepada Nini bahawa..

" Dalam hubungan kita, ada 9 perkara yang paling penting.. KEJUJURAN, KEPERCAYAAN, KESETIAAN, KESABARAN, KETABAHAN, KEIKHLASAN, KEYAKINAN, PENGORBANAN dan paling penting adalah KASIH SAYANG yang berpanjangan.." 

Pesanan Didi tidak pernah dilupakan oleh Nini dan Nini hanya berpegang pada kata-kata itu untuk hubungan cinta dua hati Nini dan Didi.. kata-kata itulah yang terpahat di hati Nini setelah bertahun-tahun lamanya..

Akan tetapi....


Kata-kata itu bagaikan tidak berguna lagi..
Perjalanan cinta yang diperjuangkan oleh mereka dilanda taufan tiba-tiba..untuk kali yg kedua....
Sekali lagi..Didi berubah dalam segala hal..
Sebelum ini, Didi pernah berubah seperti ini..
Ketika itu, hati Nini hampir sahaja remuk dan kecewa..
Namun, Nini masih mencuba untuk jadi yang terBAIK buat si Didi... 
Dalam pada yang tidak disangka-sangka, perubahan itu seolah-olah kekal dalam diri Didi.. 
Pada mulanya Nini hanya diam dan membiarkan sahaja perubahan itu.. dengan harapan,,keadaan akan pulih seperti sediakala..tapi,, sangkaan Nini ternyata salah..
Hati Didi bagaikan tiada lagi untuk Nini.. Kasih dan sayang Didi terhadap Nini semakin HAMBAR, itulah perkara yang paling Nini takutkan.. Hati Nini hampir PATAH..

Segala pengorbanan Nini dan Didi hampir punah dalam perjalanan cinta..
Didi seolah-olah tidak langung menghargai segala usaha dan pengorbanan si Nini selama bertahun-tahun..terutama diakhir-akhir hubungan mereka berdua..


Tergamakkah Didi meninggalkan Nini yang pernah menemani hari-hari Didi diwaktu kesusahan dan waktu senangnya??

Apakah mereka telah ditentukan untuk tidak bersama??

Mampukan Nini meneruskan hari-harinya tanpa Didi yang tersayang??

Sanggupkan Didi membuang Nini setelah bertahun-tahun berkorban dan berusaha untuk hubungan cinta mereka??

Apakah Nini tidak sempurna di mata Didi sehingga Didi sanggup berubah hati??

Adakah inlah balasan buat sang PENCINTA seperti Nini yang JUJUR, PERCAYA,SETIA, SABAR, TABAH, IKHLAS, SANGGUP BERKORBAN DAN CUKUP SAYANG  terhadap pasangannya selama bertahun-tahun lamanya??

 Apakah penghujungnya kisah antara dua hati ini??

Nini sangat kecewa dan tidak sanggup lagi dilayan sebegitu rupa..Nini turut berduka dengan hubungan cintanya yang berakhir BUKAN dengan BAHAGIA.. tetapi..... dengan penuh rasa KESAKITAN..


Annie says : "saya hanya perlukan cinta dari seseorang yang betul-betul boleh menerima saya sepenuh hati..tanpa paksaan, dan dengan ikhlas menyayangi saya seadanya...belajarlah untuk sayang orang yang benar-benar sayangkan kita.."

No comments:

Post a Comment